Friday, June 10, 2011

Setelah lama menyepi...

Assalamualaikum semua,

Kini saya hadir kembali memperbaharui semangat. Membaca post saya yang pertama - Salam Perkenalan, membuatkan saya malu sendiri kerana semangat yang berapi-api ketika itu seolah-olah tiada siapa yang boleh menghalang saya berblog! Sesiapa yang menghalang akan saya rempuh dengan bulldozer!

Memang benar... tiada sesiapapun daripada rakan taulan, saudara mara, anak-anak dan suami tercinta yang menghalang. TETAPI saya terlupa musuh utama sebenarnya ada dalam diri saya sendiri iaitu nafsu malas yang sering menjadikan setiap usaha yang baik itu hangat-hangat tahi ayam... sekejap je panas, lepas tu sejuk keras!

Semoga kehadiran kali ini akan istiqamah. Ada kawan-kawan yang meminta saya terus sambung menulis, sekarang baru saya menyahut seruan itu.

Terima kasih kawan :)

Thursday, January 20, 2011

Tegas bukannya garang, janji mesti ditepati

Salam semua,

Baru-baru ini saya berhasrat untuk menjadi Cikgi di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi. Maka dengan penuh semangat untuk menjadi guru cemerlang saya pun menemuramah bonda untuk mendapatkan nasihat beliau. Antara yang paling saya nak tahu ialah bagaimana mendisiplinkan anak-anak murid dan memastikan mereka patuh kepada arahan.

Bonda adalah seorang guru yang berdedikasi dan passionate kepada kerjayanya. Beliau adalah kelompok guru yang akan all out untuk memastikan anak muridnya berjaya. Kata beliau, guru mesti tegas bukannya garang. Kata bonda lagi...

"Kalau kamu berjanji sesuatu kepada murid terutamanya yang berbentuk ugutan bagi memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah atau apa sahaja yang diarahkan, pastikan janji itu munasabah dan kamu boleh lakukannya."
"Sekali kamu berjanji dan tidak lakukan, murid akan mula hilang rasa takut dan hormat kepada guru. Semakin sukarlah guru hendak memastikan anak murid melakukan apa yang disuruh."
"Guru akan mula hilang kawalan terhadap kelasnya apabila dia terpaksa menjerit di tengah-tengah keriuhan anak murid untuk mengawal kelas."

Sebenarnya bukan sahaja untuk guru, kita sebagai ibu bapa juga perlu bersikap tegas sedemikian. Saya akan berkongsi sedikit eksperimen mengenai ketegasan yang saya buat kepada anak-anak saya di post seterusnya. Memang berkesan!

Sama-samalah kita renungkan. Sehingga berjumpa lagi.

Permulaan Suatu Kembara


Assalamualaikum semua,

Hari ini, Khamis 15 Safar 1432H bersamaan 20 Januari 2011 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim, bermulalah kembara saya sebagai seorang blogger :)

Sebelum ini sahabat-handai, kaum keluarga, putera-puteri kesayangan dan partner in life semuanya telah lama up-to-date dengan blog dan FB masing-masing. Tetapi saya masih belum terpanggil untuk berblog dan berFB seperti mereka (mungkin sebab saya ni skema sikit kot).

Sehinggalah apabila pada suatu hari saya dikejutkan dengan keinsafan yang menuntut agar BERTINDAK untuk membaiki diri menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya mengikut arus. Walaupun sukar, mesti dilakukan juga. Tujuannya hanya satu - bagi meraih tempat di jannah Allah dengan rahmat dan kasih sayang Nya.

 "Orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"
Ungkapan di atas saya dengar buat pertama kali melalui radio IKIM.FM. Ketika mendengarnya saya menyedari bahawa inilah jalan untuk menjadi insan terbaik bukan sahaja di mata manusia tetapi yang paling utama di hadapan Allah SWT.
  
Maka lahirlah blog ini yang saya namakan KembaraInsan. Kembara ini membolehkan saya berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada agar dapat dimanfaatkan bersama. Walaupun diri ini banyak kekurangan dan kelemahan, saya tetap yakin bahawa kita semua mempunyai sesuatu yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama. Kadang-kadang kita dihambat rasa segan untuk berbicara kerana pelbagai sebab sehingga kita terlupa untuk menyahut seruan Rasul SAW...

"Sampaikanlah daripada ku walau sepotong ayat."
Berbekalkan semangat itu saya mula bertatih dengan KembaraInsan. Semoga saya istiqamah dengannya.

Akhir kata Salam Perkenalan daripada saya.